header
AKTIVITI EKONOMI
AKTIVITI SOSIO-EKONOMI
AKTIVITI SOSIAL

LAWATAN PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN PARIT SULONG KE PPNJ POULTRY & MEAT SDN BHD DAN KILANG SAWIT PPNJ KAHANG/KILANG KOMPOS  

 

LAWATAN PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN PARIT SULONG
KE PPNJ POULTRY & MEAT SDN BHD DAN KILANG KAHANG/KILANG KOMPOS
 
Satu program lawatan ke projek-projek PPNJ telah diatur dan dilaksanakan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Parit Sulong yang diketuai oleh Tuan Haji Kamin bin Jumiran, Pengerusi PPK Parit Sulong merangkap Ahli Jemaah Pengarah PPNJ pada 16 Mei 2013 (Khamis) seramai 40 orang.
 
 
Rombongan lawatan bermula di Kilang Pemprosesan Ayam PPNJ Poultry & Meat Sdn Bhd (PPMSB) yang terletak di Machap disambut oleh Tuan Haji Ali bin Shikh Ahmad Ahli Jemaah Pengarah PPNJ dan Encik Mohd Baharuddin bin Backri Pengurus Besar PPMSB.
 
 
Pelawat ditunjukkan ke bahagian proses penyembelihan ayam sehingga ke proses pembungkusan yang dianggarkan kapasiti pengeluaran antara 15,000 ekor hingga 17,000 ekor sehari.
 
Sessi penerangan mengenai latar belakang perniagaan Anak Syarikat PPNJ itu disampaikan oleh Puan Alijah binti Musa dan Encik Mohamad Shahrolnizam bin Hussin.
 
 
 
 
 
 
 
 
Untuk program seterusnya, rombongan telah dibawa ke salah satu lagi aktiviti PPNJ iaitu Kilang Sawit PPNJ di Kahang, Kluang dan di kilang tersebut mereka boleh melihat dengan lebih jelas berkaitan operasi kilang berkenaan. Penerangan berkaitan operasi kilang telah disampaikan Tuan Haji Azman bin Kassim selaku Pengurus Kilang Sawit PPNJ Kahang bersama beberapa pembantunya.
 
 
 
 
Tidak ketinggalan juga pelawat sempat berkunjung ke Kilang Baja Kompos PPNJ. Penerangan berkaitan penggunaan baja kompos diterjemahkan oleh pengurusnya iaitu Encik Mohd Zamriee bin Mustaffar.
 
Lawatan berakhir sekitar jam 5.00 petang. 
 

 

 Tajuk Berita Lain 
Lihat Semua beritalist.php?pid=163  Pertama Sebelum   1 2 3 4 5 6 7 8 9 of  9  Berikut Akhir  

footer
 
Laman web ini sesuai dilayari dengan menggunakan Mozilla Firefox 3++, Google Chrome & IE7 ke atas 
Terma & Syarat|  Dasar Privasi |  Dasar KeselamatanPenafian